Saturday, April 21, 2007 

GoYanG NoVeL - BaYanGaN RinDu

Terbaru dr Anis Ayuni....Bayangan Rindu!!


KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.


Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.


Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.


Friday, April 20, 2007 

GoYanG KonSeRt - IsTaNa CiNta _Dato' SiTi NurHaliza

Nostalgia P.Ramlee & Saloma...
KONSERT ISTANA CINTA
ARTIS : DATO' SITI NURHALIZA
ARTIS UNDANGAN :FAZLI ZAINAL,ISKETAMBOLA & MUSLY RAMLEE
VENUE : PANGGUNG SARI,ISTANA BUDAYA,KL
TIKET : RM50 - RM250
TARIKH : 20 -21 APRIL 2007

P/S : Dua hari ja ni...jgn x tgk,rugi naa....cepatt!!!


Monday, April 16, 2007 

GoYang NeWs : MaMa Yin Oh MaMa Yin...

Bertemu kembali...SYUKUR!!!


akum semua...kali ni mami memperkenalkan segmen baru dlm blog mami kiah ni..iaitu GoyaNg NeWs,matilahh pemberita...mengupas isu2 semasa katanyer.


Okies,sorotan news kali ni sebagaimana hang pa semua tau,yang adik Yin atau namanyer Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali,5 tahun,selamat kembali kepangkuan keluarganya setelah "dijaga" selama 2 minggu oleh pasangan myanmar di Sentul Pasar..alhamdulillah!!!


Mami kiah pun x ketinggalan mengikuti cite2 adik yin ni lah kanzzz,nanti hangpa ckp mami kiah ni x tau isu semasa..matilah katak bwh crown katanyer!hiks...Apa yang menjadi kekesalan mami kiah adalah sikap Ibu kepada Muhammad Nazrin atau Yin ni,kenapa Mami ckp begitu,berikut adalah alasannya :


Petikan Dari Berita Minggu :


IBu Yin,Puan Noramizah Ahmad berkata beliau gembira dapat berjumpa dengan anak beliau tetapi terkilan kerana membiarkan beliau menanggung sengsara selama seminggu...APA KES NI??matilah emoorina japzz


Komen Mami Kiah :

-Sepatutnya ibu yin ni bersyukur diketemukan oleh anaknya,kalau nak ikutkan byk publisiti yang membantu menjejak adik yin dilakukan tak kira media cetak atau elektronik,dan sepatutnya terima kasih sebab adik Yin ditemukan dengan org yang baik dan bukan yang mengambil kesempatan,ramai lagik kes kanak-kanak hilang yang masih belum dijumpai hingga sekarang,antaranya :


1- Kes Adik Tin Seong Sheng,7 tahun,yang telah hilang,dipercayai diculik semasa menunggu dihadapan sekolah beliau,kes ini telah lebih 10 tahun,cuba hangpa pikir camner perasaan parent adik Tin ni...10 tahun ye Puan Nor ye!!


2-Kes Adik Nur Amira Mohammad,12 tahun,Di Kuala Terengganu yang telah hilang sejak 3 tahun lalu,hingga kini masih menjadi tanda tanya keluarga beliau.


3-Kes Adik Siti Nursyazerin Musa,6 tahun,yang hilang pada tahun 2005,ketika membuang sampah dibelakang rumah,hingga kini masih belum diketahui nasib adik siti ini,pelbagai usaha dilakukan sendiri oleh keluarganya TANPA bantuan yang begitu hebat ketika kes adik yin dilaporkan,ITUPUN IBU YIN TAK BERSYUKUR!!!!


4-Kes Adik Nur Farah Ain,3 tahun yang hilang kira2 setahun yang lalu,dan genap umurnya 4 tahun pada penghujung april ini,dan menjadi trauma yang amat hebat pada ibunya.


Petikan Kosmo temu bual bersama IBU YIN :


"Apa yang saya kesalkan ialah pihak keselamatan membiarkan Nazrin keluar dr bangunan sorg diri,jika mereka cepat bertindak sudah tentu perkara ini tidak akan terjadi dan Nazrin SELAMAT!!"


"Namun apa yang menghairankan,mengapa org disekelilingnya yang melihat Yin berjalan seorang diri tidak menegur atau membawanya kepada pihak keselamatan,mengapa dibiarkan Yin berjalan seorang diri keluar"


KOMEN MAMI KIAH :


Tidakkah ibu Yin ini berfikir sejenak yang sememangnya Yin selamat!!Tidakkan rase bersalah beliau dan suami yang tidak menjaga anaknya sehingga menyebabkan Yin hilang,INGat!!!kes lain kebanyakkan berlaku luar pengetahuan Ibubapa meraka.Perlu ke keluarkan kenyataan menyalahkan pihak lain yang menyebabkan YIN hilang dan bukannya MENUNDING JARI pada diri sendiri yang lalai dan cuai semasa berada di SOGO

Maklumlah org ramai,masing2 mengejar waktu dan urusan masing2,tak perlu lah nak menyalahkan orang ramai kerana membiarkan anaknya,YIn keluar sendiri,patutnya beliau kesal dengan kehilangan YIn bkn menyalahkan pihak lain!!!SYUKURlah skit,bkn menunding jari!!!!

Lagi satu mami rase ibu yin ni patut imbas balik kesalahan beliau dan jadikan panduan dan tauladan dimasa hadapan!!!

Nasib adik Yin lebih baik dibandingkan dengan keluarga kanak2 yang hilang,yang masih tertanya2 "dimanakan anak aku skrg?"


Mami cuma kesal dgn sikap tak bersyukurnya ibu Yin,dan hanya pandai menunding jari atas kesalahan pihak2 lain!!!

Saturday, April 14, 2007 

GoYang MILA AF5

Mila......

Ha...u olss,dalam suam2 kuku af5 ni mami tetap tgk...matilah fanatik katanyer..opss!!!yelah asyik dok umah je..mestila tv menjadi pojaan ati ku,org lain sibok posting pasal af,mami pun tak mo la tertinggal nak post pasal af5 ni.



Dalam ramai2 student af5 tuh,mami kiah berkenan sgt ngan MILA tuh,entah la sejak dr konsert pertama,mami rase sore dier mmg sedap,tambah2 nyanyi lagu sarah kanzzz,cuma dier tak arif lagik camne nak nyanyi..BUT mami mmg suka sgt ngan sore MILA nih...



AFUNDI SAKAN MILA naa...minggu ni ngan lagu faveret mami...dr akak zz-PUNCAK KASIH...




 

GoYanG MisTiK - 2007

AssalammualaikuM.....

Jom jalan ke Pasar Loyang,
Sambil Jalan terjumpa Abang,
Sudah lama mami dah gebang,
Meh semua kita bergoyang...

Ha..apa habaq semua?ada ka yg baca blog koma mami kiah ni?hahahha...haruzz kena sapu 2 hari 3 malam...itu nak buang hapus je u olzz!
Nampaknyer layout blog mami pun tak tukaq...matilah 2007 panggil mami la plakzzz...opss!!!bukan x mo tukaq..kena tunggu pakar ade masa baru layout leh tukar..tungguuu naa...

INilah posting pertama mami utk tahun 2007 setelah koma beberapa bulan yer..maklumla mami x der mood nak post2 ni.
Tema blog kali ni..goyang katanyer,,goyang apa?entah..jgn goncang cukup..pancut sat lagik..lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Okies...salam goyang dr mami kiah..
MUahhhhhhhhhhh....