« Home | LIRIK LAGU PELITA DIBAWAH REMBULAN - EREMA... » | LaMa TiaDa KHaBar BeRiTa... » | KEPUTUSAN AJL20.....GEMILANG! » | ANUGERAH JUARA LAGU-20....MILIK SIAPA? » | My FaV SoNg....KeLLY CLarKsoN - BeCoZ OF U » | KeHiLaNgan SeMenTaRa......KiaH ARiaNa » | MeMoIR OF IDoL PaRt 2....UnTuKMu,...KiNi » | MeMoiRs oF a GeiSha...... » | BaiK PunYa CiLoK ..... Lu CiLoK GuA,..GuA CiLoK Lu! » | MeMoIR OF IDoL PaRt 1...... » 

Wednesday, March 15, 2006 

REVIEW ALBUM : BoB - HaNTaRan HaTi

Cover album bob....hantaran hati

Ulasan :
petikan "harian metro"

Track pertama album ini memuatkan lagu Hantaran Hati ciptaan Nik Nizam dan Rosminah Tahir yang turut menampilkan duet Bob dengan penyanyi veteran handalan, Rosiah Chik. Sayangnya, Rosiah tidak sempat melihat kemunculan album ini kerana terlebih dulu menyahut seruan Ilahi awal tahun ini.
Pemergian Rosiah itu sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada Bob. Apapun, Hantaran Hati antara lagu menarik dalam album ini selain Kasih Ku Maria dan Rindu Bersakti. Kedua-duanya ciptaan Ajai dan Loloq. Kasih Ku Maria adalah lagu pop moden yang moderate manakala Rindu Bersakti mempunyai beberapa gabungan sound yang cukup unik. Ia menjadikan melodi lagu ini superb. Apa yang menarik di sini, Loloq nampaknya cuba melahirkan sentuhan lirik yang berbeza dalam Kasih Ku Maria. Mesejnya lebih mudah difahami dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.
Lagu Pengalaman Cinta ciptaan Hazami pula benar-benar menguji keupayaan dan range vokal Bob pada notasi lagu yang tinggi. Mana Bumi ciptaan Farihin Abdul Fatah pula menunjukkan kematangan vokal Bob dengan lagu berbentuk eksperimentasi seperti itu. Saya suka melihat kekuatan Bob dalam lagu ini dan dia juga mampu membawa karektor mistik lagu ini dengan baik.
Manakala Mesranya yang menampilkan Cat Ruffedge (juga lagu ciptaan Cat), adalah lagu yang menampilkan karektor Bob sendiri sebagai seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja.

pic album : taken from waiem.blogspot.com......siap ader tanda harga lagik..hikss

p/s :hantaran hati?..kenapa x letak mesraaa?..hikss