Friday, December 30, 2005 

VENOM....BiSa KeR?

Poster filem "VENOM"...ader yang taste ke ngan badan camni?siap ader tatoo lagi...hehehe

I baru je menonton filem ni > "VENOM",sebuah filem seram,suspence....18SG katanyer,ayooo..sebab nak tgk citer nih? Ini adalah filem yang diarahkan oleh director filem " i know what do u did last raya"...opssss,salahlah...ahakss,bukan filem kambing tuh but filem "I KNOW WHAT U DID LAST SUMMER",yang ader Jennifer LoveHeWiT ngan si Freedie Prince Jr...ingat tak?...tak ingat sudah!Directornyer ialah JIM GILLESPIE..filem yang lepas pada tahun 1997,masa tu i ala2 sekolah menengah lagi..then inilah buah tangan terbarunyer >>>"VENOM".

Kalu dah lama tak muncul ngan filem baru,mestilah kiter harapkan yang lagi best then b4 kan?..betul tak?..tak betul?...sudahhh!Bile je abis tgk filem ni,pada i takderla best sgt..mcm filem2 murah je,takderla ganas atau seram sgt,ngeri pun ala2 je...kohserr tau,ending filem pun mcm kiter dah tahu..last2 makhluk tu still ader,nampak sgt masih takder apa2 perubahan,best lagi citer "i know what u did last summer" tuh.

Filem ini berkisarkan sebuah pekan yang agak terpencil,then unsur "voodoo" mcm jampi2lah...pemujaan2 roh la lebih kurang...dimana roh2 jahat dibersihkan dengan menggunakan ular,then bile ular ni terlepas,bermulalah kejadian2 ngeri,suspence,semualahhh...dan abisss,ending..tutup citer!hehheheh...lagi best citer HOUSE OF WAX!

Dr skala 10,i kasi 6 je...itupun dah kira baik i nak kasi more than 5...ahaksss

Tuesday, December 27, 2005 

PREVIEW 2 : NIKKI_MaHaRaNI

Nikki.....muncul dengan debut album "MAHARANI".....great album!go girl

Kali ini pula,i nak previewkan ALBUM SULUNG NIKKI,iaitu "MAHARANI",baru 3 hari i mendapatkan album ini,minggu ini i telah dapatkan 2 album dr finalis MI,yang lepas DINA.

SALAH satu sebab i ingin memiliki album ini,ialah nikki mempunyai suara yang hebat,dan ader tempias MARIAH CAREY,dan kebolehan beliau membuat suara halus tuh ( i tak tahu namanyer..sorry ) yang kebiasaannya dibuat oleh MARIAH CAREY dan tak silap IDAYU AF3 juga berupaya membuat suara sebegitu.SEBAB ke-2,beliau adalah artis sulung NING BAIZURA,dan setahu i lah,kalu NING buat album,mesti beliau akan buat dengan teliti dan memenuhi citarasa pendengar sebagaimana kejayaan besar album beliau "ERTI PERTEMUAN",dan i berharap beliau akan memberikan yang terbaik untuk NIKKI pula.

So dengan harga RM29.90,dengan 2 cd,...cd1,track original ( 12 lagu baru ),2nd cd..ialah abum remix,tak ramai artis yang mempunyai album seperti ini,mmg berbaloi,dan cd berwarna emas yang cukup menarik.....1st time tgk cd emas camtuh,curlasssssssssst..siap ader bentuk kucing lagik..haruss mengiawwww je..ahakss.

BILE i mendengar keseluruhan album NIKKI-MAHARANI,apa yang boleh i katakan CUKUP HEBAT bagi artis baru macam NIKKI,bukan sahaja suara nikki yang lain dari yang lain,bagi i cukup bagus dr segi tone...ader part tu ala2 versi mariah carey nyanyi bahasa melayu lah..mmg meletop,dan juga LAGU2 dan lirik yang cukup bagus,dr susunan muzik dan juga kualiti bunyi yang pada i cukup baik.

MULA dengan track 1,iaitu imaginasi...hinggalah ketrack akhir iaitu caramu...bagi i,inilah album yang seharusnya dimiliki oleh semua orang,CUKUP BERBALOI,bukan saja dr segi harga,malah lagu2 nya yang sememangnya bagus..opss,CUKUP BAGUS!

Bukan nak memuji nikki tanpa sebab,tapi itulah hakikatnya,malah jika diberi peluang,pasti nikki akan setanding dengan mentornya NING BAIZURA...dan tahniah buat NING,kerana berjaya membentuk dan melahirkan artis seperti nikki,yang penting percaya pada bakat gadis kadazan ini.

DENGARKAN track-aku maharani,hey hey,caramu,pinta,julangan permata...yang sememangnya boleh membuai perasaan dan enjoy dengan lagu2 tersebut dan jangan terperanjat jika terdengar suara iras2 mariah carey didalam lagu2 tersebut.TAHNIAH NIKKI........cukup meletakkan anda sebagai artis baru terbaik AIM nanti.

P/S - belilah album ini..pastinya anda tak menyesal.....believe me!


Monday, December 26, 2005 

PREVIEW : DiNa_CiNTa DaTaNG LAGi

Inilah cover debut album DINA-CINTA DATANG LAGI....
I ni merupakan fan Dina semasa MI,dan teruja sgt nak dapatkan album gadis comel ni,yang dikatakan "music" lain daripada yang lain...dan i pasti dina akan memberikan yang terbaik utk abum sulung beliau,tambahan pula bile mendengar 1st single dina "cinta datang lagi" yang cukup catchy dan funlah,mmg layan bile dgr lagu dina tuh.
So i telah pun mendapatkan album ini dengan HARGA RM30.50,dengan 10 tracks,dimana 8 lagu baru,then 2 cover version lagu "kali pertama" dan juga "Dalam air ku terkenang Wajah".
Dina sememangnya cukup berbakat,dimana beliau mempunyai tone suara yang germersik dan cukup merdu,TAPI bile i mula mendengarkan album sulung beliau,apa yang dapat i katakan KECEWA teramat sgt dengan kualiti suara,lagu dan juga susunan muzik yang terdapat dalam album ini,langsung tak menunjukkan bakat dina dan juga kesungguhan syarikat rakaman untuk membawa dina ketahap yang membanggakan dan i telah putarkan byk kali,dan i sedar bile dikatakan album ini lain dr yang lain..tapi apa yang yang menjadikannya lain dr yang lain?...i pun tak sedar,tapi pada pendapat i,sukar untuk melekat dihalwa telinga i...dan i cuba sedaya upaya meletakkan dina ditempat sepatutnya,tapi bila org disekeliling i juga bercakap..agak membosankan.
1st,bile i dgr lagu cinta datang lagi,memang best,dan mmg i suker groove lagu tuh,but bile tiba lagu kedua,dan mcm lain sikit bunyinyer,macam lagu tak siap,kelam kabut,suara dina tak dgr...dan tak sikit pun melekat ditelinga i..hinggalah ke track akhir....ia nyer berlalu dengan agak mengecewakan kecuali lagu cover version P.RAMLEE.
I rase tak adil buat DINA,i merasakan beliau cukup berbakat,dan i taknak bakat beliau sia2 dengan penghasilan yang sekadar "melepaskan batuk ditangga".Apa2pun Tahniah buat DINA,akhirnya mempunyai album dan bernasib baik drpd bintang realiti lain,yang pastinyer masih terkapai2 mencari ruang dan i amat sedih dengan IDAYU AF3,kerana beliau mempunyai suara yang cukup hebat but sayang beliau disia2kan.
Kepada DINA,all the best....ini adalah pendapat i dan harap dimaafkan kalu pendapat i bercanggah dengan pendapat org lain mengenai album DINA ini.
P/S - Dina sepatutnya rakam lagu2 lama mcm DAYANG,mesti boom,sebab dina mmg bagus utk projek sebegitu..

Friday, December 23, 2005 

KING KONG...BEST FILM OF THE YEAR 2005

Scene dimana KONG bertemu kembali dgn sweetheartnyer Miss Ann Darrow...romantik scene nih..huhu,sedih pun ader!

Kali ini i nak preview jugak tentang film "KING KONG",kire2 inilah penutup filem2 bagi tahun 2005,karya Peter Jackson selepas trilogy LORD OF THE RINGS,mesti u ols boleh bayangkan kalu Pengarah ini mesti tak rugi beratur nak dapatkan tiket pada minggu pertama tayangan citer ni.

Sebelum i menonton citer ini,ader jugak my friend ckp citer ni mcm cartoon,mesti king kong tuh mesti tak real,but i optimislah sebab pengarah dier peter jacksonkan..kalu org lain,dich la i tgk citer ni,tak kohser nak beratur kat 1utama tuh..fuhh,ramainyer nak tgk citer ni,minggu pertama sold out kat 1utama...camner tuh?ahakss..haruslah mesti best kan?

So bile dah tgk citer ni dapatlah i rase sebagaimana org ckp,tgk citer ni 3 jam pun rase mcm sejam,mmg best gilerlah...jgn giler cukup!wkakakakak....suker sgt tgk dier punyer effect,permandangan dier,...heroin citer ni>>> NAOMI WATTS,ayuu sgt.....KING KONG 4 me boleh dianggap best film lah tahun 2005 ni...puas sgt tgk citer ni,tapi sedihla sebab KONG tuh mati...kenapalah buat watak dier mati..huhuhu

p/s - dr skala 10,i kasik 9/10....layannnnnnnn,muahhh!


Pemandangan yang cantik yang boleh menyebabkan...ahh..cunnyer,matilak mek tiru zahid!terpegun abislah tgk set2 dlm film KING KONG ni..curlassstttt sgt!byk sgt aksi2 menarik semasa kat pulau tuh....mcm tak puas pulak 3 jam..takleh ke 5 jam?


Scene romantik n sedih bile KONG n Ann Darrow kat atas bangunan itews..sedihlaaa part ni!tak puas hatilak bile ending citer ni...kesian sgt kat KONG

Inilah yang actress yang memegang watak Miss Ann Darrow - NAOMI WATTS,watak sebagai pelakon jalanan yang memerlukan pekerjaan setelah panggung tempat beliau beraksi ditutup dan kebetulan bertemu dengan Pengarah PAPA yang bercita2 menfilemkan cerita di suatu tempat yang dikenali sebagai THE SKULL ISLAND..dan situlah segala2nya terjadi..heheh

Wajah macho KONG....ahaks,ensem ker?...u ols nilailah sendiri!wakakka..

Saturday, December 17, 2005 

THE OMEN TRILOGY.....FILEM 3 DEKAD LALU!

dvd the omen trilogy,ori okiess.....mmg best walaupun citer ni hampir 4 dekat lalu!

Inilah filem THE OMEN,dimana filem ini diterbitkan pada tahun 1976,dengan THE OMEN:666,then sequel dier yang ke-2 pada tahun 1978,THE OMEN 2:DAMIEN,dan yang terakhir pada tahun 1981,THE OMEN 3 : THE FINAL CONFLICT.
Dan itulah adalah DVD lengkap 3 filem tersebut,dan my bro dapatkan dr UK,actually i tak penahla tgk citer ni,sebab i born pada tahun 1981,so dah abislah semua filem tuh..so mmg tak tahu apa2...but bile i watched this movie mmgla seram.
Filem lama yang berusia 3 dekad ini,berkisahkan sepasang suami-isteri yang merupakan duta di ROME,yang menantikan kelahiran anak sulung mereka,malangnya anak mereka itu mati semasa lahir,dan digantikan dengan seorang bayi yang dilahirkan pada masa yang sama dimana ibunya pula meninggal dunia,tanpa pengetahuan isteri duta tuh,duta tuh pun mengambil anak tersebut setelah dicadangkan oleh seorg paderi.
ANAK tersebut mengikut citer ini,adalah anak syaitan,lahir dengan tanda 666,dimana lahir pada 6 haribulan 6 pukul 6 pagi..dan birth mark 666 dikepala.S0 BYK la kisah yang mengerikan,menyeramkan sepanjang menonton citer ni...yang menariknya citer ini bermula dari sejak lahir hinggalah dewasa n mati...kire inilah filem seram paling popular era lalu.
SO sesiapa yang teringin nak menonton citer ini,bolehlah dapatkan dvdnyer....LAYANNN jgn mimpi udahler..
P/S - tgk jgn tak tgk...sawadikapp

Thursday, December 15, 2005 

NARNIA..........LAYANNNNNNNNNNNNN JER


POSTER FILEM NARNIA

Mek pun dah menonton filem ini dengan selamatnyer, so apa yg boleh dikatakan filem ni okieslah sesuai utk ditonton oleh semua lapis - lapis umor l..ahaks matilak kueh lapis! yg paling menarik tentang filem ini,ia telah review sejak januari lagi,so lebih hampir setahun jugak baru leh tgk... dan hasilnya pun memuaskan taklah bosan, enjoylahhh ...so u olss apa lagi gi la ringan2kan kaki menonton filem ni....LAYANNNNNNNNNNN


Real okies dier punyer lion ni... ASLAN nama watak singa ni,jantan u olss.. bukan gay okiess, confirm ..ahaks,bile la MALAYSIA nak buat filem SINGA PURA-PURA .. matilak mek kena cili molot nih

Wednesday, December 14, 2005 

AEONFLUX....VERY AKAK2 PUNYER MOVIE!

Ayoo,inilah baju tido pada era tuh,very the sentap hadek2 tgk..baju tido katanyer!

Citer aeonflux ni pasal dunia pada zaman akan datang diserang satu wabak penyakit yg menyebabkan 90% penduduk bumi mati,dan juga filem ni berkisarkan pengklonan,penyakit,aksi2 dramatik ala2 menari ballet pun ader dan yg paling penting sekali ader pertunjukkan fesyen...meletop costumenyerr...harus hadek2,akak2 gi tgk citer ni...dapatkan idea okies..


Mek takleh bygkan kalu mek berpakaian begini catwalk ditgh2 alam..harus dicarut,ahaks

Sesiapa yg nak jd model n tak tahu nak catwalk lagi,jgn risau ader lesson how nak catwalk,beri perhatian u olss okiess..harus american next top model makan ati tgk!

 

LAMANYER TAK UPDATE..DAH BERSARANG NI!

1st sekali sorry sgt sebab lama tak update blog nih... ala2 dah bersarang labah - labah dah ni... ahaks,bukan apa... malas pun ader, bz pun ader jugak.
Byk benda yg berlaku a few week ago... pasal buying a house la,car la...lesen memandu lah..memacam2 lagik lahh.. penat sgt, keje lagik. Byk benda berlaku dalam masa yg sama.. so tak dapat la nak update blog walaupun dlm otak ni byk benda nak posting kat sini.. akhirnya semua ADOOO katanyer.. ahakss
Insyaallah nanti mek cuba posting beberapa yg mek lalui sepanjang menyelesaikan masalah itewss semua.. okiess
MUahh....
LoT Of LoVe - KiaH ARiaNa